Jumaat, 6 Julai 2012

Bengkel Simulasi SSQS

Bengkel Simulasi SSQS Zon PKG Pasir Panjang telah diadakan pada 5 Julai 2012 di Bilik Seminar, PKG Pasir Panjang.
Semua  GPB/GICT sekolah ahli telah melaksanakan bengkel simulasi mengisi data secata on-line SSQS . Kutipan data SSQS akan bermula pada 1 Ogos 2012 sehingga 15 September 2012. Adalah diharapkan semua GPB/GICT memahami konsep SSQS dan pengisiannya. 
 
 
Sekolah-sekolah bukan sahaja dapat mengisi data mengikut tarikh yang telah ditetakan, tetapi juga dapat membudayakan ICT di kalangan warga sekolah masing-masing.

Khamis, 5 Julai 2012

KUNTUM DI SK SERI SEKINCHAN


PSS SK Seri Sekinchan telah menganjurkan minggu membaca pada 2 - 5 Julai 2012. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kunjungan Majalah Kuntum bersama Mascot bernama Comel pada 4 Julai 2012.



Rabu, 4 Julai 2012

Bengkel IQ-PSS & I-NILAM

Bengkel IQ-PSS dan I-NILAM peringkat Zon PKG Pasir Panjang telah diadakan pada 3 Julai 2012. Semua GPM sekolah telah mengikuti Bengkel selama sehari tersebut bertempat di Bilik Seminar PKG Pasir Panjang.
 
Semua GPM telah didedahkan dengan cara-cara pengisian data on-line IQ-PSS dan I-NILAM. Semua GPM telah dibimbing oleh Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Pasir Panjang.
 
Adalah diharapkan prestasi PSS sekolah ahli dapat ditingkatkan dengan lebih baik dan berkesan untuk menyumbang peningkatan prestasi kurikulum di setiap sekolahh.

SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.