Selasa, 29 Mac 2011

Khidmat Bantu PSS SK Seri Sekinchan

Bengkel Khidmat Bantu PSS SK Seri Sekinchan telah dijalankan pada 23 - 25 Mac 2011. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn Jamiah bt Yatim ( GPK Pentadbiran SK Seri Sekinchan ) mewakili Guru Besar SK Seri Sekinchan, Pn Fariha bt Yaacob yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi sekolah.

Seramai 13 GPM sekolah ahli telah hadir menjayakan aktiviti yang dijalankan. Beberapa kumpulan telah dibentuk bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat bantu seperti melengkapkan papan maklumat, menampal kata-kata hikmat, menyusunatur rak serta perabot dan membuat keratan akhbar.

Pihak sekolah telah memberi kerjasama baik sepanjang program dijalankan. Tahniah dan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan Bengkel Khidmat Bantu SK Seri Sekinchan.

Sabtu, 26 Mac 2011

Khidmat Bantu ICT SK Seri Sekinchan

Bengkel Khidmat Bantu ICT telah dijalankan di SK Seri Sekinchan pada 23 dan 24 Mac 2011. Seramai 8 orang Juruteknik Komputer sekolah ahli terlibat dalam program yang dijalankan.

Antara tugasan khidmat bantu ialah membuat networking wireless dari makmal komputer ke pejabat sekolah. Selain itu kerja-kerja keceriaan dalam Makmal Komputer juga dibuat agar ianya dapat menarik minat murid untuk menggunakan makmal komputer untuk sesi P & P atau mengakses internet.

Selasa, 1 Mac 2011

SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.