Khamis, 20 Januari 2011

Kebakaran Kecil Makmal Komputer SDM

Satu kebakaran kecil telah berlaku di Bilik Makmal Komputer 2 SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang pada 19 Januari 2011 ( rabu ) jam 2.30 petang.
Kebakaran berpunca dari lintas pintas di suis utama bangunan tersebut yang disedari oleh Juruteknik Komputer sekolah tersebut. Langkah awal memadam kebakaran telah dibuat oleh pihak sekolah sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat tiba beberapa minit kemudian.
Kebakaran kecil itu hanya merosakan bahagian bumbung dan tidak berlaku sebarang kerosakan pada komputer dan talian rangkaian di dalam bilik tersebut.
SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.