BENGKEL PENGURUSAN PSS 2012
Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 20 Mac 2012 bertempat di Pusat Kecemerlangan Pendidikan PPD Sabak Bernam.
Bengkel sehari ini memberi maklumat-maklumat terbaharu dalam pengurusan PSS.
Bengkel yang diadakan secara berkelompok telah memberi banyak faedah kepada semua GPM.
Pendekatan bengkel secara berkelompok dapat menyalurkan maklumat secara tepat dan seragam.