Khamis, 30 September 2010

Kembara Buku 1Malaysia

Majlis Kebangsaan Buku Malaysia (MKBM) Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih Daerah Sabak Bernam untuk menganjurkan Kembara Buku 1Malaysia dengan kerjasama PPD Sabak Bernam,BTPN Selangor dan PKG Daerah Sabak Bernam pada 28 - 30 September 2010.
Seramai 84 orang pelajar dari 10 buah sekolah terpilih telah mengikuti program yang diadakan. Semua peserta telah ditempatkan di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam. Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang program 3 hari.
Antara program yang dijalankan ialah Literasi Ilmu, Kembara kampung dan Bersama Tokoh iaitu SN Dato' Anwar Riduan.
SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.