Jumaat, 29 Julai 2011

Khidmat Bantu PSS SAM Pasir Panjang

Bengkel Khidmat Bantu PSS SAM Pasir Panjang telah dijalankan pada 25 - 27 Julai 2011.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Siti Aishah bt Mujab ( GPK Hal Ehwal Murid SAM Pasir Panjang ) mewakili Puan Hajah Fauziah bt Mohd Salleh - Pengetua SAM Pasir Panjang yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi sekolah.

Seramai 13 GPM sekolah ahli dan 7 orang guru SAM Pasir Panjang telah hadir menjayakan aktiviti yang dijalankan. Beberapa kumpulan telah dibentuk bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat bantu seperti melengkapkan papan maklumat, Sudut NILAM, menampal kata-kata hikmat, menyusun atur rak serta perabot dan membuat keratan akhbar.

Pihak sekolah telah memberi kerjasama baik sepanjang program dijalankan. Sekali lagi Pn. Siti Aishah bt Mujab mewakili Puan Pengetua menutup rasmi Bengkel Khidmat Bantu PSS dan mengucapkan tahniah kepada semua GPM yang komited dalam bengkel yang dijalankan. Perubahan besar PSS dari segi keceriaan dan susun atur diharap dapat memberi motivasi pelajar untuk menjadikan PSS sebagai tempat membaca dan mencari maklumat yang selesa. Tahniah dan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan Bengkel Khidmat Bantu PSS SAM Pasir Panjang.Terima kasih daun keladi, tahun depan jumpa lagi.

Khamis, 21 Julai 2011

Taklimat SSQS 2011

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sabak Bernam dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Sabak Bernam telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan SSQS 2011 kepada semua GPB sekolah-sekolah Daerah Sabak Bernam. Taklimat telah diadakan pada 20 Julai 2011 ( Rabu ) bertempat di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam. Pengisian data SSQS akan bermula dari 25 Julai 2011 sehingga 20 Ogos 2011.En. Mohd Zakiuddin bin Abd Hamid ( Ketua Unit ICT ) telah mewakili PPD dalam ucaptama program yang dijalankan.Antara pengisian taklimat SSQS ialah penerangan kepentingan pengisian data SSQS sebagai penanda aras tahap pembestarian sekolah-sekolah.
Dua slot berkaitan SSQS telah dibentangkan kepada GPB bagi memberi penerangan secara terperinci sebelum pengisian data SSQS 2011 bermula.
Adalah diharapkan semua sekolah dapat mengisi data SSQS mengikut tarikh yang ditetapkan dan mencapai rating pembestarian yang lebih baik berbanding tahun 2010.

SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.