Rabu, 21 Mac 2012

Bengkel Pengurusan PSS

BENGKEL PENGURUSAN PSS 2012

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 20 Mac 2012 bertempat di Pusat Kecemerlangan Pendidikan PPD Sabak Bernam.
Bengkel sehari ini memberi maklumat-maklumat terbaharu dalam pengurusan PSS.
Bengkel yang diadakan secara berkelompok telah memberi banyak faedah kepada semua GPM.
Pendekatan bengkel secara berkelompok dapat menyalurkan maklumat  secara tepat dan seragam.

Fasilitator sepanjang bengkel ialah Pn. Hamidah bt Hashim dan dibantu En. Saipul Apraz bin Hamzah, En. Azmiuddin bin Nordin dan En. Abd Halim bin Kamat.

Rabu, 14 Mac 2012

Khidmat Bantu ICT Sekolah

KHIDMAT BANTU ICT SJKC YOKE KUAN

Program Khidmat Bantu ICT SJKC Yoke Kuan, Sekinchan Selangor telah diadakan pada 13 Mac 2012.
Seramai 6 orang Juruteknik Komputer sekolah ahli terlibat. Program diketuai oleh En. Aisamudin Abd Karim ( Juruteknik Komputer PKG Pasir Panjang ).
Aktiviti khidmat bantu ialah mengkofigurasi semua PC di Makmal Komputer Sekolah dan pengurusan PC untuk P&P sekolah.
Khidmat bantu dijalankan atas keperluan sekolah dan mendapat kerjasama daripada PPD Sabak Bernam.    

Khamis, 1 Mac 2012

Mesyuarat GPB Bil 1/2012.

MESYUARAT GPB /GICT BIL 1/2012
Mesyuarat GPB/GICT Bil 1/2012 telah diadakan pada 29 Februari 2012 di Bilik Mesyuarat Utama PPD Sabak Bernam. Mesyuarat yang diadakan secara berkelompok telah disempurnakan ucaptama oleh En. Abd Halim bin Ariffin ( Ketua Unit Bahasa PPD Sabak Bernam ). Selepas majlis perasmian, semua sekolah ahli bermesyuarat mengikut zon PKG. 

 
 

SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.