Jumaat, 4 November 2011

Bengkel Pemantapan RP Fasa 2

Tarikh : 1 hingga 3 November 2011
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar PKG Pasir Panjang

Semua GPM sekolah ahli PKG Pasir Panjang telah menghadiri bengkel yang dijalankan. Pelbagai kaedah dan teknik telah dikongsi bersama bagi meningkatkan prestasi pencapaian Aktiviti NILAM tahap RAKAN PEMBACA telah diadakan.
Bengkel juga telah menghasilkan Laman Web semua PSS sekolah ahli dan semua bahan berkaitan Rakan Pembaca telah dimuatnaik ke laman PSS masing-masing.
Diharapkan dengan bengkel yang telah dijalankan oleh semua GPM akan mendapat input baru bagi mencapai prestasi yang lebih baik dalam aktiviti Rakan Pembaca dan menjadi pemangkin kepada pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam peperiksaan.

Selasa, 11 Oktober 2011

Tahniah dan terima kasih

Tahniah dan terima kasih kepada semua pimpinan sekolah terutama unit ICT sekolah Zon PKG Pasir Panjang yang berjaya melengkapkan data SPPICT kutipan ke 2 tahun 2011. Semua sekolah mencapai pengisian data 100%. Kerjasama dan sokongan yang diberikan bagi pihak KPM diucapkan terima kasih. Data yang diberikan adalah asas untuk pelaksanaan dasar ICT peringkat kebangsaan.

Jumaat, 29 Julai 2011

Khidmat Bantu PSS SAM Pasir Panjang

Bengkel Khidmat Bantu PSS SAM Pasir Panjang telah dijalankan pada 25 - 27 Julai 2011.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Siti Aishah bt Mujab ( GPK Hal Ehwal Murid SAM Pasir Panjang ) mewakili Puan Hajah Fauziah bt Mohd Salleh - Pengetua SAM Pasir Panjang yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi sekolah.

Seramai 13 GPM sekolah ahli dan 7 orang guru SAM Pasir Panjang telah hadir menjayakan aktiviti yang dijalankan. Beberapa kumpulan telah dibentuk bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat bantu seperti melengkapkan papan maklumat, Sudut NILAM, menampal kata-kata hikmat, menyusun atur rak serta perabot dan membuat keratan akhbar.

Pihak sekolah telah memberi kerjasama baik sepanjang program dijalankan. Sekali lagi Pn. Siti Aishah bt Mujab mewakili Puan Pengetua menutup rasmi Bengkel Khidmat Bantu PSS dan mengucapkan tahniah kepada semua GPM yang komited dalam bengkel yang dijalankan. Perubahan besar PSS dari segi keceriaan dan susun atur diharap dapat memberi motivasi pelajar untuk menjadikan PSS sebagai tempat membaca dan mencari maklumat yang selesa. Tahniah dan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan Bengkel Khidmat Bantu PSS SAM Pasir Panjang.Terima kasih daun keladi, tahun depan jumpa lagi.

Khamis, 21 Julai 2011

Taklimat SSQS 2011

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sabak Bernam dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Sabak Bernam telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan SSQS 2011 kepada semua GPB sekolah-sekolah Daerah Sabak Bernam. Taklimat telah diadakan pada 20 Julai 2011 ( Rabu ) bertempat di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam. Pengisian data SSQS akan bermula dari 25 Julai 2011 sehingga 20 Ogos 2011.En. Mohd Zakiuddin bin Abd Hamid ( Ketua Unit ICT ) telah mewakili PPD dalam ucaptama program yang dijalankan.Antara pengisian taklimat SSQS ialah penerangan kepentingan pengisian data SSQS sebagai penanda aras tahap pembestarian sekolah-sekolah.
Dua slot berkaitan SSQS telah dibentangkan kepada GPB bagi memberi penerangan secara terperinci sebelum pengisian data SSQS 2011 bermula.
Adalah diharapkan semua sekolah dapat mengisi data SSQS mengikut tarikh yang ditetapkan dan mencapai rating pembestarian yang lebih baik berbanding tahun 2010.

Khamis, 30 Jun 2011

Mesyuarat JKPA 2011

Mesyuarat JK Pengurusan Aktiviti PKG Pasir Panjang 2011 telah diadakan pada :-
Tarikh : 28 Jun 2011 ( Selasa )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Persada Kuliah, PKG Pasir Panjang.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hajah Siti Zubadah bt Lamijo ( GB SK Pasir Panjang / Pengerusi PKG Pasir Panjang ). Semua Pengetua / Guru Besar atau wakilnya menghadiri mesyuarat yang dijalankan. Beberapa keputusan penting berkaitan pengurusan ICT dan PSS telah diambil. Selain itu mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan Lawatan Penanda Aras ke sekolah cemerlang di Kelantan dan Terengganu pada awal Bulan Oktober.Mesyuarat turut dihadiri oleh En. Abd. Halim bin Marzuki ( Ketua Unit Hal Ehwal PKG BTPN Selangor ). En. Yasin bin Maarof ( Penyelia Kanan Unit Hal Ehwal PKG BTPN Selangor ), En. Mohd Azam bin Mohd Nasir ( Penyelia Unit Hal Ehwal PKG BTPN Selangor ) dan Tn. Haji Ghazali bin Ismail ( Ketua PKG Daerah Sabak Bernam )

Isnin, 23 Mei 2011

Bengkel Pemantapan RP Fasa 1

Bengkel Pemantapan Rakan Pembaca fasa 1 Zon PKG Pasir Panjang telah diadakan pada :-
Tarikh : 18 hingga 20 Mei 2011
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar dan Bilik ICT PKG Pasir Panjang

Semua GPM sekolah ahli PKG Pasir Panjang telah menghadiri bengkel yang dijalankan. Pelbagai kaedah dan teknik telah dikongsi bersama bagi meningkatkan prestasi pencapaian Aktiviti NILAM tahap RAKAN PEMBACA telah diadakan.

Diharapkan dengan bengkel yang telah dijalankan oleh semua GPM akan mendapat input baru bagi mencapai prestasi yang lebih baik dalam aktiviti Rakan Pembaca dan menjadi pemangkin kepada pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam peperiksaan.


SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.