Jumaat, 29 Julai 2011

Khidmat Bantu PSS SAM Pasir Panjang

Bengkel Khidmat Bantu PSS SAM Pasir Panjang telah dijalankan pada 25 - 27 Julai 2011.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Siti Aishah bt Mujab ( GPK Hal Ehwal Murid SAM Pasir Panjang ) mewakili Puan Hajah Fauziah bt Mohd Salleh - Pengetua SAM Pasir Panjang yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi sekolah.

Seramai 13 GPM sekolah ahli dan 7 orang guru SAM Pasir Panjang telah hadir menjayakan aktiviti yang dijalankan. Beberapa kumpulan telah dibentuk bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat bantu seperti melengkapkan papan maklumat, Sudut NILAM, menampal kata-kata hikmat, menyusun atur rak serta perabot dan membuat keratan akhbar.

Pihak sekolah telah memberi kerjasama baik sepanjang program dijalankan. Sekali lagi Pn. Siti Aishah bt Mujab mewakili Puan Pengetua menutup rasmi Bengkel Khidmat Bantu PSS dan mengucapkan tahniah kepada semua GPM yang komited dalam bengkel yang dijalankan. Perubahan besar PSS dari segi keceriaan dan susun atur diharap dapat memberi motivasi pelajar untuk menjadikan PSS sebagai tempat membaca dan mencari maklumat yang selesa. Tahniah dan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan Bengkel Khidmat Bantu PSS SAM Pasir Panjang.Terima kasih daun keladi, tahun depan jumpa lagi.
SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.