Selasa, 6 April 2010

Mesyuarat GPB

Tarikh : 22 Januari 2010 ( Khamis )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Pasir Panjang

Mesyuarat GPM

Tarikh : 20 Januari 2010 ( Rabu )
Masa : 8.30 pagi.
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Pasir Panjang.

Matlamat Dan Objektif

MATLAMAT
Untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG akan mereaisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020 selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam Teknologi Pendidikan.
2. Mengumpul dan menyebar maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknolen ke seolah-sekolah.
3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah ( PSS ).
4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

Isnin, 5 April 2010

Visi Dan Misi

VISI
Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan.
MISI
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Perkhidmatan

1. Pinjaman peralatan dan perkakasan.

2. Rakam salin bahan Pengajaran dan Pembelajaran.

3. Khidmat bantu dan bimbingan Teknologi Pendidikan.

4. Rujukan bahan cetak, bukan cetak dan internet.

5. Rujukan sumber.

Ahad, 4 April 2010

Piagam Pelanggan

Kami Warga Pusat Kegiatan Guru Pasir Panjang dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami bagi memberi produk yang bermutu dan perkhidmatan yang profesional kepada pelanggan kami :
Ke arah itu, kami mengiktiraf hak pelanggan kami untuk mendapatkan :


1. Program pendidikan dalam pelbagai media yang berkualiti tinggi.

2. Maklumat pendidikan yang terkini melalui bahan cetak dan bukan cetak terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan dan rangkaiannya.

3. Perkhidmatan yang cepat, cekap, mesra dan bermutu tinggi dalam bidang media, teknologi, sumber dan teknikal.

4. Khidmat nasihat berkaitan dengan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi maklaumat dan komunikasi serta pusat sumber sekolah.

5. Khidmat kepakaran dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.

6. Kemudahan penggunaan dan pinjaman bahan, peralatan dan ruang PKG.

SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.