Rabu, 29 Februari 2012

Bengkel MBMMBI Sekolah Menengah

BENGKEL MBMMBI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SABAK BERNAM


PKG Daerah Sabak Bernam telah diberi tanggungjawab menguruskan Bengkel Pemantapan MBMMBI Sekolah Menengah Daerah Sabak Bernam oleh BTPN Selangor. Setiap sekolah menghantar 2 orang guru Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris bagi mengikuti bengkel yang diadakan. Bengkel telah diadakan pada 28 Februari 2012 bertempat di Pusat Kecemerlangan Pendidikan PPD Sabak Bernam. Fasilitator yang mengendalikan bengkel sehari ini ialah Tuan Haji Tohir bin Karim ( Ketua Unit Media, Promosi dan Inovasi ) BTPN Selangor.Seramai 32 orang guru BM/BI sekolah menengah Daerah Sabak Bernam telah  mengikuti bengkel sehari yang dijalankan. Semua peserta didedahkan dengan Dasar MBMMBI dan  penggunaan   CDRI dan Makmal Bahasa yang telah  dibangunkan oleh kerajaan. Sebanyak 14 buah sekolah di Daerah Sabak Bernam telah dibekalkan dengan peralatan Makmal Bahasa.

Selasa, 28 Februari 2012

Mesyuarat GPM Bil 1/2012


MESYUARAT GPM BIL 1/2012

Mesyuarat GPM Bil 1/2012 PKG Pasir Panjang telah diadakan pada 27 Februari 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPD Sabak Bernam.

Buat pertama kali, pihak PKG telah menggabungkan semua sekolah di daerah Sabak Bernam dalam mesyuarat yang diadakan.




Ucaptama mesyuarat telah disempurnakan oleh Tn Mohd Jaluli bin Hj Yahya ( Pen. PPD Pengurusan Akademik ). Maklumat terkini berkaitan sistem pengurusan PSS telah disampaikan.

Semua GPM sekolah-sekolah Daerah Sabak Bernam telah hadir dalam mesyuarat yang dijalankan.

Jumaat, 4 November 2011

Bengkel Pemantapan RP Fasa 2

Tarikh : 1 hingga 3 November 2011
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar PKG Pasir Panjang

Semua GPM sekolah ahli PKG Pasir Panjang telah menghadiri bengkel yang dijalankan. Pelbagai kaedah dan teknik telah dikongsi bersama bagi meningkatkan prestasi pencapaian Aktiviti NILAM tahap RAKAN PEMBACA telah diadakan.
Bengkel juga telah menghasilkan Laman Web semua PSS sekolah ahli dan semua bahan berkaitan Rakan Pembaca telah dimuatnaik ke laman PSS masing-masing.
Diharapkan dengan bengkel yang telah dijalankan oleh semua GPM akan mendapat input baru bagi mencapai prestasi yang lebih baik dalam aktiviti Rakan Pembaca dan menjadi pemangkin kepada pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam peperiksaan.

Selasa, 11 Oktober 2011

Tahniah dan terima kasih

Tahniah dan terima kasih kepada semua pimpinan sekolah terutama unit ICT sekolah Zon PKG Pasir Panjang yang berjaya melengkapkan data SPPICT kutipan ke 2 tahun 2011. Semua sekolah mencapai pengisian data 100%. Kerjasama dan sokongan yang diberikan bagi pihak KPM diucapkan terima kasih. Data yang diberikan adalah asas untuk pelaksanaan dasar ICT peringkat kebangsaan.

Jumaat, 29 Julai 2011

Khidmat Bantu PSS SAM Pasir Panjang

Bengkel Khidmat Bantu PSS SAM Pasir Panjang telah dijalankan pada 25 - 27 Julai 2011.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Siti Aishah bt Mujab ( GPK Hal Ehwal Murid SAM Pasir Panjang ) mewakili Puan Hajah Fauziah bt Mohd Salleh - Pengetua SAM Pasir Panjang yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi sekolah.

Seramai 13 GPM sekolah ahli dan 7 orang guru SAM Pasir Panjang telah hadir menjayakan aktiviti yang dijalankan. Beberapa kumpulan telah dibentuk bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat bantu seperti melengkapkan papan maklumat, Sudut NILAM, menampal kata-kata hikmat, menyusun atur rak serta perabot dan membuat keratan akhbar.

Pihak sekolah telah memberi kerjasama baik sepanjang program dijalankan. Sekali lagi Pn. Siti Aishah bt Mujab mewakili Puan Pengetua menutup rasmi Bengkel Khidmat Bantu PSS dan mengucapkan tahniah kepada semua GPM yang komited dalam bengkel yang dijalankan. Perubahan besar PSS dari segi keceriaan dan susun atur diharap dapat memberi motivasi pelajar untuk menjadikan PSS sebagai tempat membaca dan mencari maklumat yang selesa. Tahniah dan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan Bengkel Khidmat Bantu PSS SAM Pasir Panjang.Terima kasih daun keladi, tahun depan jumpa lagi.

Khamis, 21 Julai 2011

Taklimat SSQS 2011

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sabak Bernam dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Sabak Bernam telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan SSQS 2011 kepada semua GPB sekolah-sekolah Daerah Sabak Bernam. Taklimat telah diadakan pada 20 Julai 2011 ( Rabu ) bertempat di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam. Pengisian data SSQS akan bermula dari 25 Julai 2011 sehingga 20 Ogos 2011.En. Mohd Zakiuddin bin Abd Hamid ( Ketua Unit ICT ) telah mewakili PPD dalam ucaptama program yang dijalankan.Antara pengisian taklimat SSQS ialah penerangan kepentingan pengisian data SSQS sebagai penanda aras tahap pembestarian sekolah-sekolah.
Dua slot berkaitan SSQS telah dibentangkan kepada GPB bagi memberi penerangan secara terperinci sebelum pengisian data SSQS 2011 bermula.
Adalah diharapkan semua sekolah dapat mengisi data SSQS mengikut tarikh yang ditetapkan dan mencapai rating pembestarian yang lebih baik berbanding tahun 2010.

SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.