Khamis, 29 Julai 2010

Pesta Buku 2010

PPD Sabak Bernam dan PKG Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Cerdik Publication Sdn Bhd telah menganjurkan Pesta Buku Daerah Sabak Bernam pada 23 - 25 Julai 2010 bertempat di Dewan Seri bernam, Sungai Besar.

Selain pameran dan jualan buku oleh penerbit buku, aktiviti pertandingan kepada pelajar-pelajar sekolah Daerah Sabak Bernam juga diadakan. Antara pertandingan yang dijalankan ialah membaca lancar, kuiz buku, pertandingan silangkata, pertandingan mewarna dan melukis dan melukis poster.

Sambutan penduduk tempatan terhadap jualan buku amat menggalakkan dan pameran serta jualan bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam.
SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.