Khamis, 11 Mac 2010

SEJARAH PKG

Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Pasir Panjang bermula dengan nama asalnya Pusat Sumber Kawasan ( PSK )31 mula beroperasi di Sek. Keb. Pasir Panjang pada tahun 1985. Pengurusan PSK 31 ditadbir oleh Guru Besar Sek. Keb. Pasir Panjang dan dibantu oleh seorang Setiausaha dan guru-guru sekolah ahli.

Peringkat awal penubuhan PSK 31, pejabat operasinya menumpang di Pusat Sumber Sek. Keb. Pasir Panjang sehingga mendapat bangunan khas pada tahun 1990. Keahlian sekolah ahli peringkat awal PSK 31 ialah sebanyak 9 buah sekolah rendah sekitar Pasir Panjang.

Selepas namanya ditukar kepada Pusat Sumber Pendidikan daerah ( PSPD ) Pasir Panjang, pengurusan PSPD Pasir Panjang diselia oleh seorang Penyelaras iaitu Pn. Zaharah bt Mohd Ariff.

Pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru dan mula beroperasi dibangunan baru yang siap pada tahun 1991 sehingga hari ini.

Antara pegawai yang pernah berkhidmat di PKG Pasir panjang ialah Pn. Zaharah bt Mohd Ariff, En. Abd Halim bin Marzuki, En. Mohd Zarney Kaseh bin Ab Hamid dan En. Suhban bin Sulaiman.

Keahlian PKG Pasir Panjang ketika ini ialah sebanyak 13 buah sekolah, iaitu 7 buah SK, 2 buah SJKC dan 4 buah sekolah menengah. Ketika ini PKG Pasir Panjang diuruskan oleh seorang Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP), dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir N17 dan seorang Juruteknik Komputer F17.
SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.