Isnin, 23 Mei 2011

Bengkel Pemantapan RP Fasa 1

Bengkel Pemantapan Rakan Pembaca fasa 1 Zon PKG Pasir Panjang telah diadakan pada :-
Tarikh : 18 hingga 20 Mei 2011
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar dan Bilik ICT PKG Pasir Panjang

Semua GPM sekolah ahli PKG Pasir Panjang telah menghadiri bengkel yang dijalankan. Pelbagai kaedah dan teknik telah dikongsi bersama bagi meningkatkan prestasi pencapaian Aktiviti NILAM tahap RAKAN PEMBACA telah diadakan.

Diharapkan dengan bengkel yang telah dijalankan oleh semua GPM akan mendapat input baru bagi mencapai prestasi yang lebih baik dalam aktiviti Rakan Pembaca dan menjadi pemangkin kepada pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam peperiksaan.


Khamis, 5 Mei 2011

Khidmat Bantu ICT SJKC Yoke Kuan

PKG Pasir Panjang dengan kerjasama SJKC Yoke Kuan telah mengadakan Program Khidmat Bantu ICT di Makmal Komputer SJKC Yoke Kuan pada :-

Tarikh : 4 Mei 2011 ( Rabu ).
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang.
Seramai 8 orang juruteknik komputer sekolah ahli dan PKG Pasir Panjang telah turut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Khidmat Bantu ini dijalankan atas permintaan pentadbiran sekolah kerana masalah PC dan konfigurasi internet di makmal komputer.

Pihak pentadbiran sekolah telah memberi kerjasama baik sepanjang aktiviti dijalankan. Khidmat Bantu ini telah berjaya membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah berkaitan capaian internet di sekolah.

Sabtu, 30 April 2011

Bengkel Selenggara Peralatan ICT

PKG Pasir Panjang telah menganjurkan Bengkel Selenggara Peralatan ICT pada :-
Tarikh : 28 - 29 April 2011 ( Khamis - Jumaat )
Tempat: PKG Sabak Bernam
Antara objektif bengkel ialah untuk memberi pengetahuan baru berkaitan pengurusan penyelenggaraan ICT di sekolah bagi meningkatkan penggunaannya kepada warga sekolah.
Bengkel telah dihadiri oleh GPB / FT sekolah ahli.
Adalah diharapkan masalah-masalah kecil peralatan ICT di sekolah dapat diselesaikan oleh GPB / FT.

Selasa, 29 Mac 2011

Khidmat Bantu PSS SK Seri Sekinchan

Bengkel Khidmat Bantu PSS SK Seri Sekinchan telah dijalankan pada 23 - 25 Mac 2011. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn Jamiah bt Yatim ( GPK Pentadbiran SK Seri Sekinchan ) mewakili Guru Besar SK Seri Sekinchan, Pn Fariha bt Yaacob yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi sekolah.

Seramai 13 GPM sekolah ahli telah hadir menjayakan aktiviti yang dijalankan. Beberapa kumpulan telah dibentuk bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat bantu seperti melengkapkan papan maklumat, menampal kata-kata hikmat, menyusunatur rak serta perabot dan membuat keratan akhbar.

Pihak sekolah telah memberi kerjasama baik sepanjang program dijalankan. Tahniah dan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan Bengkel Khidmat Bantu SK Seri Sekinchan.

Sabtu, 26 Mac 2011

Khidmat Bantu ICT SK Seri Sekinchan

Bengkel Khidmat Bantu ICT telah dijalankan di SK Seri Sekinchan pada 23 dan 24 Mac 2011. Seramai 8 orang Juruteknik Komputer sekolah ahli terlibat dalam program yang dijalankan.

Antara tugasan khidmat bantu ialah membuat networking wireless dari makmal komputer ke pejabat sekolah. Selain itu kerja-kerja keceriaan dalam Makmal Komputer juga dibuat agar ianya dapat menarik minat murid untuk menggunakan makmal komputer untuk sesi P & P atau mengakses internet.

Selasa, 1 Mac 2011

SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.