Selasa, 29 Mac 2011

Khidmat Bantu PSS SK Seri Sekinchan

Bengkel Khidmat Bantu PSS SK Seri Sekinchan telah dijalankan pada 23 - 25 Mac 2011. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn Jamiah bt Yatim ( GPK Pentadbiran SK Seri Sekinchan ) mewakili Guru Besar SK Seri Sekinchan, Pn Fariha bt Yaacob yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi sekolah.

Seramai 13 GPM sekolah ahli telah hadir menjayakan aktiviti yang dijalankan. Beberapa kumpulan telah dibentuk bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat bantu seperti melengkapkan papan maklumat, menampal kata-kata hikmat, menyusunatur rak serta perabot dan membuat keratan akhbar.

Pihak sekolah telah memberi kerjasama baik sepanjang program dijalankan. Tahniah dan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan Bengkel Khidmat Bantu SK Seri Sekinchan.

Sabtu, 26 Mac 2011

Khidmat Bantu ICT SK Seri Sekinchan

Bengkel Khidmat Bantu ICT telah dijalankan di SK Seri Sekinchan pada 23 dan 24 Mac 2011. Seramai 8 orang Juruteknik Komputer sekolah ahli terlibat dalam program yang dijalankan.

Antara tugasan khidmat bantu ialah membuat networking wireless dari makmal komputer ke pejabat sekolah. Selain itu kerja-kerja keceriaan dalam Makmal Komputer juga dibuat agar ianya dapat menarik minat murid untuk menggunakan makmal komputer untuk sesi P & P atau mengakses internet.

Selasa, 1 Mac 2011

Ahad, 20 Februari 2011

Mesyuarat GPB Bil 1/2011

MESYUARAT GPB / ICT BIL 1/2011

Tarikh : 16 FEBRUARI 2011

Hari : RABU

Masa : 8.30 PAGI

Tempat : BILIK SEMINAR PKG PASIR PANJANG


Khamis, 10 Februari 2011

Mesyuarat GPM Bil 1/2011

Mesyuarat GPM Zon PKG Pasir Panjang Bil 1/2011

Tarikh : 9 FEBRUARI 2011

Hari : RABU

Masa : 8.30 - 11.45 PAGI

Tempat : Bilik Seminar PKG Pasir Panjang

Selasa, 1 Februari 2011

Cara Log In EMAIL 1 Selangor

Pihak BTPN Selangor telah membangunkan alamat email untuk semua sekolah di seluruh Negeri Selangor. Pelbagai maklumat telah kami salurkan mengenai program dan maklumat yang boleh digunakan oleh semua sekolah secara berterusan. Pihak BTPN dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam proses mewajibkan semua sekolah menggunakan email berkenaan untuk tujuan rasmi. Antara kemudahan lain adalah sistem Google Talk ( Chat ), Dokumen Online, Kalendar dan Group. Alamat email seragam menggunakan KOD SEKOLAH. Alamat sekolah menjadi bba6030@btpnsel.edu.my ( contoh SK Pasir Panjang )

Cara log in :


1. Layari ke http://btpnsel.edu.my/main/


2. Klik taskbar EMAIL SEKOLAH 1sELANGOR


3.Masukan ID : Kod Sekolah ( contoh - bba6030 ), Kata Laluan : password - utk log in kali pertama.


4. Tekan sign utk masuk email tersebut, masukan password yang sebenar dalam ruang berkaitan. Pastikan password yg mudah.

SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.