PSS SK Seri Sekinchan telah menganjurkan minggu membaca pada 2 - 5 Julai 2012. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kunjungan Majalah Kuntum bersama Mascot bernama Comel pada 4 Julai 2012.
Khamis, 5 Julai 2012
Rabu, 4 Julai 2012
Bengkel IQ-PSS & I-NILAM
Bengkel IQ-PSS dan I-NILAM peringkat Zon PKG Pasir Panjang telah diadakan pada 3 Julai 2012. Semua GPM sekolah telah mengikuti Bengkel selama sehari tersebut bertempat di Bilik Seminar PKG Pasir Panjang.
Semua GPM telah didedahkan dengan cara-cara pengisian data on-line IQ-PSS dan I-NILAM. Semua GPM telah dibimbing oleh Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Pasir Panjang.
Adalah diharapkan prestasi PSS sekolah ahli dapat ditingkatkan dengan lebih baik dan berkesan untuk menyumbang peningkatan prestasi kurikulum di setiap sekolahh.
Khamis, 19 April 2012
Bengkel Pengurusan ICT
BENGKEL PENGURUSAN ICT
Bengkel Pengurusan ICT Daerah Sabak Bernam 2012 telah dijalankan pada 17 April 2012 di Pusat Kecemerlangan Pendidikan PPD Sabak Bernam.
Antara slot bengkel yang dijalankan ialah Pemantapan Pengurusan SSQS, Selenggara ICT melalui STS dan Pengurusan ICT di sekolah.
Semua GPB/GICT sekolah Daerah Sabak Bernam menyertai bengkel yang dijalankan. Fasilitator yang terlibat ialah En. Mohd Ngasri Hamdani dan En. Ahmad Radzuan bin Idris.
Selain itu sesi dialog juga dijalankan dan berjaya mengumpulkan berbagai maklumat untuk dikongsi bersama.
Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan Bengkel Pengurusan ICT 2012.

Rabu, 21 Mac 2012
Bengkel Pengurusan PSS
BENGKEL PENGURUSAN PSS 2012
Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 20 Mac 2012 bertempat di Pusat Kecemerlangan Pendidikan PPD Sabak Bernam.
Bengkel sehari ini memberi maklumat-maklumat terbaharu dalam pengurusan PSS.
Bengkel yang diadakan secara berkelompok telah memberi banyak faedah kepada semua GPM.
Pendekatan bengkel secara berkelompok dapat menyalurkan maklumat secara tepat dan seragam.

Rabu, 14 Mac 2012
Khidmat Bantu ICT Sekolah
KHIDMAT BANTU ICT SJKC YOKE KUAN
Program Khidmat Bantu ICT SJKC Yoke Kuan, Sekinchan Selangor telah diadakan pada 13 Mac 2012.
Seramai 6 orang Juruteknik Komputer sekolah ahli terlibat. Program diketuai oleh En. Aisamudin Abd Karim ( Juruteknik Komputer PKG Pasir Panjang ).
Aktiviti khidmat bantu ialah mengkofigurasi semua PC di Makmal Komputer Sekolah dan pengurusan PC untuk P&P sekolah.
Khidmat bantu dijalankan atas keperluan sekolah dan mendapat kerjasama daripada PPD Sabak Bernam.

Khamis, 1 Mac 2012
Mesyuarat GPB Bil 1/2012.
Mesyuarat GPB/GICT Bil 1/2012 telah diadakan pada 29 Februari 2012 di Bilik Mesyuarat Utama PPD Sabak Bernam. Mesyuarat yang diadakan secara berkelompok telah disempurnakan ucaptama oleh En. Abd Halim bin Ariffin ( Ketua Unit Bahasa PPD Sabak Bernam ). Selepas majlis perasmian, semua sekolah ahli bermesyuarat mengikut zon PKG.
Langgan:
Catatan (Atom)