Jumaat, 10 Disember 2010

Perasmian Bangunan Baru SK Seri Sekinchan

Majlis Perasmian bangunan baru SK Seri Sekinchan telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Mahyuddin bin Yassin - Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran pada 9 Disember 2010.
Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri telah disambut oleh hampir 10 000 orang penduduk tempatan dan warga pendidik Daerah Sabak Bernam pada jam 3.00 petang.

Khamis, 11 November 2010

Penyerahan CD MBMMBI

Tarikh : 10 November 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Pasir Panjang.

Isnin, 1 November 2010

Karnival ICT Sabak Bernam

PPD Sabak Bernam dan PKG Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ( SKMM ) telah menganjurkan Karnival ICT Daerah Sabak Bernam 2010 pada 29 - 31 Oktober 2010 bertempat di Dewan Seri bernam, Sungai Besar.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang karnival seperti pameran barangan ICT, pertandingan PC Assemble, pertandingan membina blog, pertandingan melukis menggunakan komputer, explorerace ICT dan banyak lagi
Karnival yang julung kali diadakan di daerah Sabak Bernam telah mendapat kerjasama yang baik dari warga sekolah yang menyertai pertandingan dan penduduk setempat.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Mantan Staff PKG PP

PN. ZAHARAH BT MOHD ARIFF
( 1991 - 2002 )
EN. ABD HALIM BIN MARZUKI
( 2002 - 2004 )
EN. MOHD ZARNEY KASEH BIN ABD HAMID
( Jun 2004 - Disember 2008 )EN. SUBHAN BIN SULAIMAN
( November 2005 - Julai 2010 )


 EN. MOHD NGASRI BIN HAMDANI
( Julai 2010 - Januari 2014 )

Khamis, 30 September 2010

Kembara Buku 1Malaysia

Majlis Kebangsaan Buku Malaysia (MKBM) Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih Daerah Sabak Bernam untuk menganjurkan Kembara Buku 1Malaysia dengan kerjasama PPD Sabak Bernam,BTPN Selangor dan PKG Daerah Sabak Bernam pada 28 - 30 September 2010.
Seramai 84 orang pelajar dari 10 buah sekolah terpilih telah mengikuti program yang diadakan. Semua peserta telah ditempatkan di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam. Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang program 3 hari.
Antara program yang dijalankan ialah Literasi Ilmu, Kembara kampung dan Bersama Tokoh iaitu SN Dato' Anwar Riduan.

Rabu, 4 Ogos 2010

SALAM BERTAMU DI LAMAN PORTAL PKG PASIR PANJANG, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.